Noor Anita ... the one...
Poetry

Home

About Me | Family Photo Album | Photo Album - One | Photo Album - Two | Poetry | My Favourite Links | Contact Me

Sajak dariku, nukilanku, untukmu...

ABADI
 
Poleskan hatimu dengan emas dan perak
Bukan sekadar indah luaran sahaja
Kerana itu lebih abadi
dan lebih dihargai
Maka, apabila sudah tidak bernyawa lagi
Manusia yang hidup
Akan membicarakan budi baikmu
Tidak akan menghina perlakuanmu
Malah tidak akan menyentuh
cantik atau jelik wajahmu
Kerana...
Kebaikan hati pasti diingati
Biar dihembusan nafas terakhir
 
[2002]
 
**********     **********     **********
 
AKU CINTA PADAMU
 
Kulihat wajahnya, kuamati tenaganya
Damai...
Aman sekali merenungnya
Seperti malaikat yang turun
Cahaya itu dibawa bersama
Dekat...
Hampir sekali, seakan menyentuh
 
Jiwa ini dicalit cinta
Cinta pandang pertama
Gila sekali!
Bukan gila tiada sebab mengapa (?)
Gila padanya...
 
Kenapa saja tidak dimulai?
Nah! Ini betul gila
Cinta memangnya begini, menyiksa
Bisa jadi tak karuan, panasaran!
 
Aduh! Tolong aku...
olong bilang saja padanya
"Pergi! Dan jangan kembali..."
Tapi...
Aku tidak ingin menyesali
Maka aku harus katakan saja
"Aku cinta padamu"
 
*ini sajak cinta dalam diam pada seseorang. terlalu dipendam hingga menyiksa diri sendiri. mahu diberitahu tapi malu-malu, ragu-ragu. tapi mahu! dan sajak ini dinukilankan atas rasa rindu untuk DENNISON R.INDANG - sesungguhnya kenangan 1995 itu sentiasa dalam memori*
 
[2002 5.30am]
 
**********     **********     **********
 
MENCARI DAMAI
 
Aku terlalu kesunyian
Kadangkala rasa merindu
Perasaan ini mengelirukan
Suara hati ini berteriakan
Emosiku bercelaru...
 
Kenapa harus begini?
Membebani jiwa seberat ini?
Buanglah rasa ini jauh-jauh
Biar ringan naluri, melepas diri
Aku ingin belenggu ini bebas, bebas!
 
Inginku goncangkan dunia
Meminta pada si Dia
Pulangkan kelapangan di dadaku
Kembalikan rasa hidupku
Aku belum mahu mati lagi
Kerana hidupku belum lengkap
 
Hidup ini banyak simpang-siur
Selekoh kiri kanan depan belakang
Berpusing, berputar, nasib tak tetap
Carilah haluan perjalanan
Semoga damai menerpa hidup ini...
 
[12 Jan 2003 4.57am]
 
**********     **********     **********
 
INGIN SEKALI
 
Aku pasti yang aku menyintainya
Tapi aku tak tahu
Adakah dia rasa apa yang aku rasa?
Namun aku sentiasa berdoa
Agar suatu hari nanti dia menyintaiku
 
Biar bumi berantakan
Api menjilat segala yang wujud
Banjir menelan isi yang hidup
Tanah membaham sekian nyawa
Angin bertiup memusnahkan maya...
 
Aku hanya mahu dia untukku
Mahu dia merinduiku
Mahu dia mengerti
Betapa sakitnya merindu
 
Oh Tuhan, hiasilah hatinya
Oh Malaikat, bawalah cahaya
Oh Dewa Cinta, panahilah jiwanya
Dengan seribu kesucian cintaku
 
Tiada lain yang aku mahu
Aku hanya mahu cinta dia
Aku hanya mahu memilikinya
Hanya ingin dicintainya...
 
[12 Jan 2003 8.45pm]
 
**********     **********     **********
 
SIAPA?
 
Cintaku masih bernyawa
Tapi mengapa rasa bagai sudah mati?
Ahhh...
CInta tidak pernah mati
Tapi tak ada tuan untuk memilikinya
 
Jadi ia bagai dedaunan kering
Tidak gugur jika tidak ada angin
Umpama debu-debu di loceng gereja
Masakan berdenting jika tidak digera?
 
Dunia ini kan luas sekali?
Kenapa hanya tersekat di sini?
Kan manusia bukan satu?
Cari pasangan?
Memangnya kedengaran senang sekali...
 
Senang sekali kalau ada yang mahu
KALAU ADA... yang mahu...
 
[12 Jan 2003 10.50am]
 
*********     **********     **********
 
Pernahkah ku bilang engkau kucinta?
Kasihku ini hanya untukmu
Pernahkah ku bilang engkau kusayang?
Setiap detik waktu hanya kamu dalam jiwaku
 
Oh kasihku...
Wajahmu itu bak rembulan
Oh kasihku...
Tatap wajahmu tiada jemu
Semoga cinta ini mekar bersemi
Sepanjang waktu, engkau milikanku...
 
[14 Jan 2003 2.00pm]
 
**********     **********     **********
 
BREATHE
(by my pet-bro John Marcus)
 
Breathe on me
Breathe on love
Breathe on life
What have I surcomed to?
Sunshine I seeth no more
Moonshine won't help me anymore
Trees they wory not, they see not
God clothes them, nourishes them
Then why do I worry to the stem!?
Because of them?
 
Breathe...
A fresh is what I need
A new turn, a leaf a new...
I should heed
Breathe a new in my life
Breathe a life
Breathe...
 
[17 Jan 2003 1.10am]
 
**********     **********     **********
 
HINA
 
Dari anggur yang dihenyak-henyak
Pemabuk-pemabuk itu memuja buih-buih
Lalu dingangakan mulut membuka tekak
Membiarkan anggur kotor lalu membasahi kerongkong
Tidak lama detik berlalu, sejam demi sejam
Otak tidak lagi sebahagian tubuh yang berfungsi
Maka mulut-mulut yang busuk itu mula berkata
Merepek keluar segala kata hina dan nista
Sehina pemabuk-pemabuk pemuja anggur itu
Kelakuan sudah tidak serupa manusia
Durjana anggur basi kotor yang dipijak-pijak
Meracuni mabuk otak dan jiwa pemabuk-pemabuk itu
Neraka itu terpaling, dianggap syurga
...na'uzubillah...
 
[17 Jan 2003 2.50pm]
 
 

Those who wants to put their poems, articles or whatever in my website, you may do so by e-mailing me. Thank you.
 
Kepada sesiapa yang ingin meletakkan sajak, artikel atau apa-apa saja di dalam website saya, silalah e-mail kepada saya. Terima kasih.